suria

Syahrini dan suami sambut Ramadan di Jepun, pasang niat khatam Al-Quran

Syahrini mahu ajak suami khatam Al-Quran bulan Ramadan ini.

PENYANYI Syahrini memberitahu dia menjalani ibadah puasa tahun ini di kampung halaman suaminya di Tokyo, Jepun.

Menurut laporan Okezone, Syahrini berkata dia dan suami iaitu Reino Barack turut memasang niat untuk khatam bacaan Al-Quran dalam tempoh dua minggu Ramadan ini.

"Hari kedua di bulan puasa ini... cita-citanya mahu khatam Al-Quran dalam dua minggu ini.

"Hari Pertama memang bersemangat sekali baca Al-Quran bersama RB (singkatan nama suaminya).

"Semoga hari seterusnya lebih fokus dan kusyuk lagi membaca Al-Quran dan mengurangi aktiviti duniawi buat sementara waktu," katanya menerusi laman Instagram.

Sementara itu, penyanyi berusia 38 tahun ini mengakui suaminya bersemangat menyahut cabaran itu.

Dalam masa sama, mereka berdua menyambut kedatangan Ramadan dengan hati terbuka meskipun berjauhan dengan keluarga tercinta di Indonesia.

Pasangan ini terbang ke Jepun pada Disember tahun lalu bagi menziarahi keluarga.

Syahrini mendirikan rumah tangga dengan Reino Barack di Masjid Tokyo Camii, Tokyo, Jepun pada 27 Februari 2019.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain