suria

Lapan tahun bercinta, Jason Segel dan Alexis Mixter mengaku sudah berubah hati

Perasaan Jason dan Alexis berubah menyebabkan mereka memilih untuk berpisah.

SELEPAS lapan tahun menjalinkan hubungan cinta, pelakon Jason Segel dan teman wanitanya iaitu Alexis Mixter mengambil keputusan untuk berpisah.

Memetik laporan Hollywoodlife, Alexis mengakui Jason yang juga dianggap sebagai sahabat baiknya banyak berkongsi suka duka kehidupan bersama.

Bagaimanapun, Alexis berkata perasaan dia dan Jason sudah berubah menyebabkan mereka membuat keputusan untuk berpisah demi kebaikan bersama.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Foto ini memperlihatkan dua orang sahabat baik. Lelaki ini dan saya berkongsi banyak perkara dalam hidup bersama. Jiwa berubah antara satu sama lain. Semuanya untuk kebaikan," tulisnya.

Pasangan itu mula menjalinkan hubungan cinta sejak Disember 2013.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain