suria

Irwansyah panik tapak tangan Zaskia Sungkar tiba-tiba naik ruam selepas basuh baju

Irwansyah panik apabila melihat tangan isteri tumbuh ruam.

PELAKON Irwansyah tidak senang duduk dan bimbang melihat tapak tangan isterinya iaitu Zaskia Sungkar mengalami alahan teruk sehingga tumbuh ruam.

Menurut laporan HotDetik, Zaskia berkongsi reaksi panik suaminya itu yang dimuat naik menerusi Instagram pada Ahad lalu.

"Ini yang buat Irwan panik. Hairan betul, macam mana tangan jadi begini? Semalam selepas cuci baju, tangan saya jadi panas dan merah begini. Ada yang tahu tak kenapa jadi begini?" tulisnya.



Peminat puji tindakan Irwansyah yang cukup mengenai keadaan kesihatan isteri.

Sementara itu menerusi perkongsian di Instastory pula, Zaskia memuat naik reaksi Irwansyah yang dilihat menghubungi seseorang bagi mendapatkan bantuan.

Dalam keadaan mencemaskan itu, Zaskia sempat meminta Irwansyah untuk tenang dan memberitahu alergi pada tapak tangannya itu akan sembuh dalam masa terdekat.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Tengok ni Irwansyah panik. Ini saya dah beritahu InsyaAllah sekejap lagi hilang.

"MasyaAllah terharu sama suami, lucu tengok tapi macam mana nI?" katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain