PENYANYI Taylor Swift mencipta sejarah apabila bergelar penyanyi wanita pertama menerima pengiktirafan tertinggi anugerah muzik British menerusi trofi Ikon Global di Brit Awards 2021 yang diadakan pada Selasa. Sepanjang 10 tahun penganjurannya, hanya tiga penyanyi sahaja yang pernah diberikan anugerah khas itu iaitu Elton John pada 2014, David Bowie (2016) dan Robbie Williams (2017). Taylor juga mencipta sejarah bergelar artis bukan kelahiran United Kingdom (UK) yang menerima pengiktirafan itu setakat ini. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Anugerah tersebut diberikan khas kepada penyanyi lagu Cardigan itu di atas impak global yang telah dibawanya kepada peminat muzik di seluruh dunia. Kejayaan itu juga turut dibantu di atas penjualan album studionya yang pernah mengungguli carta album UK sebelum ini. Taylor sebelum ini juga pernah memenangi kategori penyanyi wanita solo antarabangsa Brit Awards pada tahun 2015. - Billboard Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!