suria

Ini rahsia kulit Bae Suzy cantik dan mulus... guna kaedah pembersihan 4-2-4

Bae Suzy mempunyai kulit wajah yang cantik dan segar.

BAE Suzy antara akres yang jarang mengenakan solekan dalam drama lakonanya memandangkan dia mempunyai kecantikan semula jadi yang tidak dapat disangkalkan lagi.

Walau tanpa secalit mekap sekalipun, Suzy atau nama sebenarnya Bae Su-ji ini tetap buat kita yang perempuan menangis melihat kulitnya yang bersih dan sentiasa kelihatan segar.

Kalau nak tahu, rahsia aktres berusia 27 tahun ini menjaga kulit wajahnya agak mudah! Paling penting, kena pastikan mencuci wajah setiap kali selepas mengenakan solekan dan jangan bawa ke tidur.



Kecantikan Bae Suzy terserlah biarpun tanpa solekan.

Menurut portal Preview, Suzy menggunakan kaedah pembersihan muka 4-2-4... bunyi macam rumit tapi rutin kecantikan selama 10 minit akan memastikan wajah anda dibersihkan dengan sempurna dan bebas daripada segala kotoran.

"Saya mengambil masa yang lama untuk mencuci muka. Saya mencuci selama sepuluh minit atau lebih dengan mengurut muka sepanjang mencuci," dedah Suzy.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Langkah 1: 4 minit dengan minyak pembersih



Bae Suzy ambil masa 10 minit untuk cuci wajahnya.

Langkah ini dilakukan selama empat minit, bersihkan solekan di keseluruhan wajah.

Langkah 2: 2 minit dengan buih sabun

Langkah seterusnya memerlukan masa selama dua minit iaitu mencuci wajah menggunakan buih sabun.

Sebaik sahaja sabun pencuci wajah anda berbuih, cuci wajah anda dengan lembut menggunakan buih dan jangan lupa urut muka secara perlahan.



Bae Suzy memiliki kecantikan semula jadi.

Langkah 3: 4 minit membilas muka dengan air bersih

Langkah terakhir, adalah mencuci wajah selama empat minit.

Selepas membilas wajah anda dengan air suam-suam kuku, selesaikannya dengan mencuci wajah guna air sejuk selama empat minit untuk mengecutkan pori-pori di wajah.

Senang sahaja kan? Jangan lupa amalkan ya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain