AKTRES terkenal Bollywood, Vidya Balan merupakan salah seorang selebriti yang kerap berinteraksi bersama peminat di laman Instagram. Menurut laporan Hindustan Times, Vidya baru-baru ini diajukan soalan mengenai siapakah aktor pilihannya iaitu sama ada Shah Rukh Khan atau Salman Khan. "SRK atau Salman?" tanya seorang pengikut di ruangan Instastory. "My SRK," jawab Vidya sambil menyertakan emoji hati. Bersama jawapan itu, dia turut berkongsi foto suaminya Siddharth Roy Kapur. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Terkejut dengan perkongsian itu, peminat bertanya semula adakah Vidya hanya berkomitmen dengan satu lelaki? "Sepertinya begitu," jawabnya lagi beserta foto suami tersayang. Enggan peminat terus tertanya-tanya mengenai tulisannya itu, Vidya mendedahkan rupa-rupanya 'My SRK' itu adalah akronim nama suaminya Siddharth Roy Kapur. Bagaimanapun dia mengakui Shah Rukh Khan merupakan rakan sekerja yang baik dan cukup profesional. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!