BEBERAPA jam sebelum episod akhirnya bersiaran pada Ahad, bintang Running Man, Lee Kwang Soo memuat naik dedikasi khas di media sosial untuk peminatnya. Pelakon berusia 35 tahun itu memuat naik gambar dia sedang memegang sejambak bunga, kek dan sijil penyertaannya dalam program tersebut. "Terima kasih kerana setia bersama saya selama 11 tahun ini," tulisnya.ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya Lee Kwang Soo tinggalkan Running Man selepas 11 tahun, mahu fokus pada kesihatan Pada April lalu, Kwang Soo mengejutkan seluruh produksi dan peminatnya apabila mengambil keputusan untuk menarik diri daripada Running Man. Pelakon tinggi lampai itu terpaksa bertindak demikian bagi memberi masa untuk pemulihan buku lalinya selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya tahun lalu. Penyanyi Kim Jong-kook yang merupakan anggota asal Running Man turut bersedih dengan pemergian Kwang Soo. "Saya sentiasa merasakan kami semua akan sentiasa bersama tanpa ada sebarang perubahan, lagi yang membuatkan saya sedih sebab Kwang Soo merupakan orang yang tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk meninggalkan program ini. "Walaupun kami tidak lagi menjayakan Running Man bersama, harapnya hubungan kami tetap tidak akan putus sampai bila-bila," kata Jung-kook. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Sementara itu, seorang lagi bintang Running Man, Yoo Jae-Suk juga turut sempat bergurau dengan Kwang Soo agar dia menarik balik semula keputusannya itu. "Awak sepatutnya fikirkan semula keputusan untuk tarik diri, kalau awak cakap okay saya minta maaf saya mahu sertai kembali, rasanya peminat akan faham. "Mereka akan kata dia ini memang suka bergurau dan semua akan ketawa. "Tapi ini serius, kami akan rasa sunyi tanpa awak selepas ini, tapi kamu harus lakukan apa sahaja perkara yang perlu kamu lakukan sekarang... jangan risau tentang kami," kata Jae-Suk. Kwang Soo terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Februari tahun lalu sehingga menyebabkan keretakan di buku lali kaki kanan. Running Man yang memulakan siaran sejak 2010 memaparkan aksi lucu ahli-ahlinya seperti Yoo Jae-Suk, Kim Jong-kook, Song Ji-hyo, Jeon So-min, Yang Se-chan, Jee Seok-jin dan Haha. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!