suria

La La Anthony failkan cerai terhadap suami selepas 11 tahun berkahwin

La La pilih untuk bercerai selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga dengan Carmelo.

SELEPAS 11 tahun mendirikan rumah tangga, bekas pengacara program MTV La La Anthony akhirnya mengambil keputusan untuk memfailkan perceraian terhadap suaminya iaitu Carmelo Anthony.

Memetik laporan Hollywoodllife, biarpun La La Anthony dan suaminya sudah tinggal berasing sejak akhir-akhir ini namun mereka masih menjalinkan hubungan yang baik sebagai rakan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sekitar 2017, La La dan Carmelo pernah berpisah selepas suaminya berlaku curang namun mereka rujuk semula sekitar 2018 malah turut menyambut ulang tahun ke-10 perkahwinan pada tahun lalu.

Sebelum ini, La la pernah mengakui perkahwinan itu bukan perkara yang mudah dan emosi terganggu disebabkan melalui pelbagai dugaan dalam rumah tangga.

"Mungkin orang mudah lupa tapi saya faham sebab kita mudah beremosi apabila terpaksa melalui pelbagai dugaan dalam perhubungan. Perkahwinan itu sukar," katanya.

La la mendirikan rumah tangga dengan Carmelo pada 10 Julai 2010 selepas lima tahun menjalinkan hubungan cinta dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Kiyan, 14.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain