suria

Baru 2 tahun beli, Joe Jonas dan Sophie Turner jual semula rumah agam dengan harga RM70 juta

Joe Jonas dan Sophie Turner baharu dua tahun menetap di kediaman sekarang.

PASANGAN selebriti Hollywood, Joe Jonas dan isteri, Sophie Turner mengambil keputusan untuk menjual kediaman mewah mereka pada harga AS$16.75 juta (RM70 juta).

Terletak di kawasan perumahan elit di Royal Oaks, Encino, California, kediaman yang memiliki keluasan 15,000 kaki persegi itu mempunyai sebanyak sembilan bilik tidur, 11 bilik mandi dan pelbagai kemudahan lain seperti kolam renang, gimnasium dan salun rambut.

Joe, 32, dan Sophie, 25, membeli kediaman tersebut pada tahun 2019 dengan harga AS14.1 juta (RM59 juta).

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pasangan ini bagaimanapun tidak mendedahkan sebab utama kenapa menjual rumah tersebut namun difahamkan mereka bakal berpindah ke kediaman baharu yang serba mewah dan elit dari sekarang.

Joe yang merupakan salah seorang ahli kumpulan Jonas Brothers mendirikan rumah tangga dengan aktres siri Game of Thrones itu pada 1 Mei 2019 selepas tiga tahun bercinta.

Hasil perkahwinan, mereka mempunyai seorang anak perempuan, Willa yang dilahirkan pada Julai tahun lalu. - Hollywoodlife

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Joe Jonas, Sophie Turner, hollywood,

Artikel Lain