suria

Megan Fox dapat rasakan jadi 'pasangan sejiwa' Machine Gun Kelly ketika kali pertama tatap mata

Megan anggap MGK sebagai teman sejiwanya.

PELAKON Megan Fox terbuka berkongsi mengenai hubungan cintannya dan bagaimana dia mengetahui kekasihnya iaitu Machine Gun Kelly (MGK) adalah teman sejiwa.

Memetik laporan Hollywoodlife, Megan Fox memberitahu dapat merasakan kebahagiaan ketika pertama kali memandang mata kekasihnya itu.

"Pertama kali saya melihat terus matanya, saya macam kami sudah lama kenal. Saya rasa sudah lama kenal dia dan seperti sudah beberapa kali bertemunya dalam kehidupan yang berbeza.

"Sejak itu, saya tahu dia adalah teman sejiwa saya," kata Megan fox.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pada Januari lalu, Megan Fox tampil menafikan dakwaan dia sudah bertunang dengan teman lelaki, penyanyi rap Machine Gun Kelly atau lebih dikenali sebagai MGK.



Megan Fox bahagia disamping MGK.

Gosip itu tersebar selepas aktres itu dilihat memakai cincin bersaiz besar sehingga menimbulkan spekulasi pasangan itu telah membawa hubungan mereka ke fasa seterusnya.

Megan dan MGK atau nama sebenarnya Richard Colson Baker, 31, mula menjalinkan hubungan selepas dipertemukan dalam set penggambaran filem Midnight in the Switchgrass pada Mac tahun lalu.

Megan sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Brian Austin Green, 48, pada 2010 dan berpisah pada awal Mei tahun lalu.

Hasil perkahwinan, mereka mempunyai tiga cahaya mata iaitu Noah, 9, Bodhi, 7, dan Journey yang kini berusia lima tahun.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain