suria

Hanya khabar angin, impian peminat nak tengok Adele berduet dengan Taylor Swift tidak kesampaian

Peminat teruja sekiranya kolaborasi di antara Adele dan Taylor Swift betul-betul menjadi.

IMPIAN peminat dua penyanyi popular Taylor Swift dan Adele untuk melihat mereka berkolaborasi dalam satu lagu nampaknya tidak kesampaian.

Ini kerana sebelum ini timbul khabar angin mengatakan nama Taylor, 32, dan Adele, 33, telah didaftarkan menerusi sebuah lagu berjudul Broken Hearts melalui Persatuan Penulis dan Komposert Eropah (SESAC) yang mana memaparkan kedua-duanya sebagai penulis untuk lagu tersebut.

"Kolabarasi kedua-dua penyanyi ini adalah tidak benar," kata sumber yang boleh dipercayai.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Lagu yang didaftarkan di SESAC itu juga dikatakan sudah dipadam daripada laman sesawang tersebut.

Adele sebelum ini pernah menyatakan album terbaharunya masih dalam pembikinan.

"Album saya masih belum siap sepenuhnya dan saya takut untuk melakukan dua kerja dalam satu masa, " katanya.

Adele baru-baru ini dijemput menjadi hos undangan program hiburan Saturday Night Live. - NME

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain