SUDAH tentu semua orang pernah berbohong dengan ibu bapa ketika di zaman kecil dan begitu juga dengan aktres terkenal Indonesia, Ayu Ting Ting. Menerusi video di saluran YouTube, anak perempuan kepada Ayu aitu Balqis meminta ibunya berkongsi mengenai perbuatan menipu yang pernah dilakukannya. Tanpa berasa segan silu, Ayu mengakui dia pernah bersama 12 rakannya ponteng sekolah dan merayau di bandar tanpa pengetahuan ibu bapanya. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Bunda (ibu) pernah menipu. Ketika itu, bunda di bangku sekolah dan mempunyai 12 rakan dan nama panggilan kami ASC. Kami pernah ponteng sekolah dengan berjalan keluar mengikut pintu belakang kelas. "Kami berjalan-jalan naik kereta ke bandar. Ibu dan ayah tidak tahu. Bunda balik rumah selepas waktu solat maghrib," dedah Ayu. - Liputan6 Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!