suria

Gara-gara tak bayar cukai RM72.9 juta, Shakira bakal naik mahkamah Sepanyol

Shakira menetap di Barcelona bersama pasangannya, bintang bola sepak Sepanyol Gerard Pique.

PENYANYI popular, Shakira dilapor bakal berdepan perbicaraan mahkamah di Sepanyol selepas didakwa mengelak daripada membayar cukai sebanyak 14.5 juta Euro (RM72.9 juta).

Pihak pendakwaan mempunyai bukti kukuh untuk mensabitkan kesalahan terhadap teman wanita kepada bintang bola sepak Sepanyol, Gerard Piqeu itu susulan mengelak daripada membayar cukai pendapatan pada tahun 2012, 2013 dan 2014.

ARTIKEL BERKAITAN: Shakira sambut hari jadi dengan 100 juta orang di konsert Super Bowl

Menurut Hakim Marco Jesus Juberias, Shakira atau nama sebenarnya, Shakira Isabel Mebarak Ripoll, 44, diarah membayar cukai tersebut biarpun dia bukan warganegara Sepanyol.

Singer Shakira (R) and soccer player Gerard Pique arrive for the 2014 Billboard Music Awards, May 18, 2014 at the MGM Grand Garden Arena, in Las Vegas, Nevada.   AFP PHOTO / ROBYN BECK

Shakira bersama teman lelakinya, Gerard Pique.

Ia kerana penyanyi kelahiran Colombia itu didapati banyak menghabiskan masanya di negara berkenaan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Walau bagaimanapun, peguam Shakira dikatakan membantah perkara tersebut memandangkan penyanyi yang terkenal dengan lagu Waka-Waka itu menetap di kediaman rasminya di Bahamas.

Media Sepanyol melaporkan Shakira mempunyai kediaman di Barcelona bersama Gerard yang juga bapa kepada dua cahaya matanya.

Sistem percukaian di Sepanyol mengarahkan sesiapa yang menetap lebih enam bulan atau 183 hari di negara itu perlu membayar kadar cukai yang tetap ditetapkan. - CNN

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain