suria

Blake Shelton sedar ramai rakan selebriti kecil hati tak jemput majlis kahwin - “Kami buat majlis kecil-kecilan sahaja”

Blake dan Gwen kahwin pada 3 Julai lalu.

PENYANYI Blake Shelton mendedahkan ramai rakan selebriti berasa kecil hati gara-gara tidak menerima jemputan ke majlis perkahwinannya dengan penyanyi Gwen Stefani.

Memetik laporan Hollywoodlife, juri tetap program The Voice ini berkata dia sememangnya tidak menjemput ramai orang memandangkan majlis diadakan secara kecil-kecilan.

"Saya terpaksa berdepan dengan perbualan yang agak kekok dengan ramai rakan saya. Mereka bertanyakan tentang majlis perkahwinan saya dan Gwen.

"Sini saya jelaskan, kami adakan majlis secara kecil-kecilan. Bukan seorang tapi ramai rakan yang saya tak jemput," kata Blake.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Blake dan Gwen berkahwin pada 3 Julai lalu dalam sebuah majlis yang diadakan secara sederhana di sebuah rumah ladang milik Shelton yang terletak di Oklahoma, Amerika Syarikat.

Ia merupakan perkahwinan ketiga bagi pelantun lagu Home itu manakala Gwen Stefani sebelum ini pernah berkahwin dengan pemuzik, Gavin Rossdale pada 2002 namun bercerai empat tahun kemudian.

Blake Shelton dan Gwen Stefani bermula sebagai pasangan kekasih sejak 2015 sewaktu mereka terlibat dalam program realiti popular Amerika Syarikat, The Voice.

Kemudian pasangan itu mengikat tali pertunangan pada Oktober 2020.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain