suria

Hetty Koes Endang teruja dapat cucu pertama, akhirnya bergelar nenek

Hetty Koes Endang berkongsi berita gembira dapat cucu pertama.

KHABAR gembira buat penyanyi lagenda Indonesia, Hetty Koes Endang yang kini bergelar nenek pada usia 64 tahun selepas anak perempuannya, Afifah Qomariah Yusuf selamat melahirkan anak lelaki pada Rabu.

Berita gembira itu dikongsikan penyanyi itu di Instagram miliknya serta berkongsi wajah cucu pertamanya.

Hetty yang mesra disapa panggilan Bunda turut berkongsi nama bayi lelaki tersebut iaitu Arlo Astrodistira Arsanda.

“Alhamdullillahirobilalamin... Telah lahir ke dunia cucu bunda dari @afifahyusuf dan @faldoarsnd, Arlo Astrodistira Arsanda, 11 Ogos 2021, pukul 08.33, berat 3.11 kilogram.

“Selamat sekali lagi untuk kedua ayah dan ibu baru. Ibu yang kuat, sihat, semua mendoakan mu nak. Lancar persalinannya, bahagia sekali lihat babynya sihat-sihat,” tulisnya.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, penyanyi kesayangan negara iaitu Datuk Siti Nurhaliza juga tidak ketinggalan menyampaikan ucapan tahniah buat bunda sekeluarga.

Afifah dan suaminya, Faldo Arsa Da Aziz berkahwin pada 21 November 2020 di Jakarta dengan sekali lafaz.

Afifah sebelum ini bertunang dengan Faldo sekitar Jun 2020.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain