suria

Tegar Septian kembali ‘busking’ tepi jalan demi sara anak isteri

Tegar tak malu cari rezeki di jalanan semula.

NAMA penyanyi Tegar Septian kembali menjadi bualan netizen selepas dia memuat naik foto menyanyi dan bermain alat muzik di jalanan.

Selepas bergelar bapa, Tegar terus berusaha meraih pendapatan bagi menyara keluarganya.

Kini Tegar memberitahu dia kembali melakukan pekerjaan lama iaitu menyanyi dan menghiburkan masyarakat di jalanan.

Menerusi foto yang dikongsi di Instagram, Tegar dilihat menyanyi dan bermain gitar di persimpangan lampu isyarat.

tegar 1

Tegar bersama isteri dan anak mereka.

Tidak berseorangan, penyanyi lagu Aku Yang Dulu Bukan Sekarang ini turut ditemani seorang lelaki bermain alat muzik dipercayai temannya.

"Tak apa yang penting halal," tulisnya pada ruangan kapsyen.

Perkongsian Tegar itu menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial.

Rata-ratanya memberikan kata-kata semangat dan mengagumi semangat Tegar yang tidak malu menyanyi di jalanan meskipun kini sudah bergelar penyanyi terkenal.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain