suria

Kanye West bengang label lancar album 'Donda' tanpa pengetahuannya

Kanye West dakwa syarikat rakaman keluarkan album terbaharunya tanpa kebenarannya.

PENYANYI Kanye West mendakwa Universal Music Group iaitu syarikat induk kepada label Def Jam membuat keputusan melancarkan album 'Donda' tanpa persetujuannya.

Dia meluahkan perasaan kesal dan marah menerusi posting di Instagram pada Ahad.

"Universal menlancarkan album tersebut tanpa kelulusan saya dan mengeluarkan lagu Jail 2 daripada senarai lagu dalam album berkenaan," tulisnya.

"Wakil daripada Universal tidak memberikan sebarang komen berhubung dakwaan tersebut tetapi sumber-sumber di syarikat itu memberitahu perkara itu sebagai tidak masuk akal.

Donda merupakan projek album yang sangat istimewa buat Kanye West.

Tajuk album itu diambil daripada nama ibunya yang meninggal dunia pada tahun 2007.

Untuk rekod, album ini banyak kali ditangguh pelancarannya sejak diumumkan pada tahun lalu.

Ia dirancang untuk dilancarkan pada 23 Julai, kemudian diubah kepada 7 Ogos dan akhinya pada Ahad tanpa pengetahuannya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Kanye West, Donda

Artikel Lain