suria

Wow! Song Joong Ki rupa-rupanya jadi duta produk kecantikan pelakon Indonesia... ramai nak tahu berapa bayarannya?

Pelakon Indonesia Felicya Angelista berbual melalui video call dengan pelakon popular Korea Selatan Song Joong Ki.

TULAR baru-baru ini pelakon Indonesia Felicya Angelista dapat untuk berbual melalui video call dengan pelakon popular Korea Selatan Song Joong Ki mencuri perhatian netizen.

Rata-rata netizen cemburu dengan aktres negeri seberang itu yang kini sedang hamil enam bulan apabila dapat bercakap dengan ‘oppa’ (abang) kesayangan ramai.

Bagaimanapun, pelakon drama Vincenzo itu rupa-rupanya sudah dilantik sebagai duta kepada produk kecantikan pelakon berkenaan iaitu Scarlett Whitening.

Menerusi klip video yang dimuat naik, pelakon Indonesia itu meminta pengikutnya duta baharu produk itu dengan memaparkan beberapa foto aktor berkenaan.

“Masih belum boleh teka? Saya bagi tahu video reveal tipis-tipis star ambassador terbaru Scarlett!” tulisnya.

Posting itu juga menjawab pertanyaan netizen isi percakapan dua bintang itu tidak diperdengarkan di video call yang tular baru-baru ini.

Ini sekaligus juga menjawab mengapa Song Joong Ki sanggup melayani video call wanita berkenaan yang kononnya mengidam.

Bagaimanapun, usaha pelakon ini mendapatkan aktor ternama itu mendapat pujian netizen dan ramai juga yang mula bertanya berapa bayaran untuk mendapatkan aktor berkenaan.

Namun apa yang pasti pelakon itu dibayar dengan harga yang mahal.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain