suria

Fesyen pelik Kim Kardashian curi tumpuan, pakai gaun hitam 'tanpa wajah' di Met Gala 2021

Kim Kardashian tampil dengan busana hitam tanpa wajah menerima pelbagai reaksi peminat daripada seluruh dunia.

BINTANG sensasi Kim Kardashian sekali lagi mencuri tumpuan peminat apabila tampil dengan imej menutup seluruh tubuh dan muka di acara Met Gala 2021.

Menurut laporan ET, Kim dilihat mengenakan gaun bersama bodysuit berwarna hitam menutup seluruh tubuh termasuklah bahagian mukanya.

Meskipun tertutup dari rambut hingga hujung kaki, namun gaun dipakai tetap menampakkan lekuk tubuh seksinya itu.

Kim Kardashian tampil dengan busana hitam tanpa wajah menerima pelbagai reaksi peminat daripada seluruh dunia.

Kim Kardashian tampil dengan gaun hitam tanpa memperlihatkan wajahnya.

Gaun hitam itu merupakan ciptaan dan idea Pengarah Kreatif Balenciaga, Demna Gvasalia.

Penampilan Kim ini menerima pelbagai reaksi daripada peminat dan pengkritik fesyen seluruh dunia.

Untuk acara selanjutnya di malam Met Gala 2021, Kim Kardashian mengenakan gaun lain lain, namun masih tanpa memperlihatkan wajahnya.

Kim memakai busana yang lebih seksi dengan jaket kulit berwarna hitam.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain