MULA dikenali sejak membintangi siri popular Squid Game, pelakon Jung Ho Yeon kini menjadi kegemaran peminat K-drama. Biarpun kali pertama berlakon, lakonan Jung Ho Yeon yang memegang watak sebagai Kang Sae Byeok mendapat pujian ramai. Menariknya tentang wanita berusia 27 tahun ini ialah dia mempunyai hubungan persahabatan yang sangat baik dengan ahli kumpulan Blackpink iaitu Jennie. Peminat bertambah teruja apabila Jung Ho Yeon turut memuat naik foto ketika Jennie datang ke set penggambaran drama bersiri di saluran berbayar Netflix itu. Sebelum ini, Jennie juga ada menghantar 'coffee truck' ke set penggambaran sebagai tanda memberi sokongan kepada rakan baiknya itu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!