suria

Tunjuk muka 10 saat dalam ‘Squid Game’... pelakon tambahan Lee Jung Jun viral, jadi bualan netizen

Penampilan Lee Jung Jun menarik perhatian penonton.

DRAMA bersiri Squid Game terus menerima sambutan hebat penonton di seluruh dunia selepas seminggu ditayangkan di Netflix.

Bukan jalan ceritanya sahaja yang menjadi perbualan penonton, malah pelakon yang membintangi siri berkenaan turut menerima tempias populariti.

Ini termasuklah salah seorang pelakon tambahan yang hanya membuat kemunculan selama 10 saat dalam drama berkenaan iaitu Lee Jung Jun.

Dalam drama tersebut, Lee Jung Jun yang membawa watak pekerja telah melanggar peraturan dengan membuka topeng muka dan menunjukkan wajahnya kepada peserta.

Walau hanya muncul seketika, wajah tampan dan ekspresi penuh emosi aktor baharu itu meninggalkan kesan kepada penonton.

lee jung jun 1

Wajah tampan Lee Jung Jun pukau penonton.

Gara-gara impak yang diterima itu, ramai penonton mula mengikuti akaun Instagram pelakon berusia 23 tahun ini.

Menurut laporan Koreaboo, Lee Jung Jun pernah membintangi beberapa drama popular antaranya Best Mistake 2.

Jung Jun juga sedang menyambung pelajaran dalam bidang lakonan di salah sebuah universiti awam di Korea.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain