PELAKOH veteran Korea Selatan Nam Moon-chul meninggal dunia akibat kanser usus kira-kira pukul 6.20 petang Isnin. Agensinya, Management BK menerusi satu kenyataan memaklumkan berita duka kehilangan artis berusia 50 tahun itu.ARTIKEL BERKAITAN: Jung Ho Yeon kini aktres wanita paling ramai pengikut IG tewaskan Lee Sung Kyung dan Song Hye Kyo "Pelakon itu meninggal dunia pada usia 50 tahun setelah didiagnosis menghidap barah usus besar dan berjuang melawan penyakit ini," katanya. Nam Moon-chul memainkan banyak watak pendukung dalam filem dan drama TV Korea Selatan. Popularitinya naik mendadak menerusi drama popular, Descendants Of The Sun pada tahun 2016. Beliau membawa watak sebagai Pengurus Ko iaitu ayah kepada seorang pekerja muda di sebuah tapak pembinaan di sebuah negara. Dalam episod enam, dia telah mengorbankan dirinya bagi menyelamatkan rakan sekerja ketika negara itu dilanda gempa bumi. Drama terakhirnya berjudul Mad For Each Other yang ditayangkan baru-baru ini. Upacara pengebumian dijangka berlangsung pada Rabu. - THE STAR Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI