SETAHUN lebih menjalinkan hubungan cinta, pelakon Miller Khan mendedahkan akan berkahwin dengan tunangnya Farina Rebecca dalam masa terdekat. Dia mengumumkan berita gembira itu menerusi perkongsian pada foto pra-perkahwinan mereka di Instagram pada Selasa. "Love of my life, soon to be wife (pengantin perempuan)," tulis Miller di Instagram. Farina turut membalas pada ruangan komen 'Cie sebentar lagi akan menjadi suami ku'. Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan kepada pasangan tersebut. Walau bagaimanapun Miller masih belum mendedahkan tarikh sebenarnya perkahwinan mereka. Pada Mac lalu, Miller mengambil keputusan untuk melamar Farina dan momen itu dilakukan ketika berada di sebuah helikopter. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI