SIKAP dermawan pelakon Baim Wong yang ditunjukkan menerusi video-video YouTube mula diragui selepas video dia memarahi seorang warga emas menjadi tular.Menerusi wawancara podcast bersama Deddy Corbuzier, Baim mengakui dia tidak pasti sama ada ingin meneruskan content sebegitu lagi atau tidak.ARTIKEL BERKAITAN: Baim Wong mengaku salah marah warga emas, datang rumah Pak Suhud mohon maaf - “Saya sedar tak tahu adab”Namun katanya, apa yang dilakukan itu (berkongsi rezeki) membuatkan dirinya tenang.“Kalau itu, saya tidak tahu lagi. Ia membuat saya senang” ujarnya.Sebelum ini, bapa kepada dua cahaya mata itu dikritik apabila bersikap biadab terhadap seorang warga emas yang dikenali sebagai Pak Suhlt.Akibat perkara itu, dia kehilangan 300,000 pengikut di YouTube dan terkeluar daripada Top 5 paling ramai subcribers.Bagaimanapun, Baim kemudian datang ke rumah warga emas itu bagi membuat permohonan maaf dan mengakui kesilapannya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI