suria

Akhirnya Shah Rukh Khan dapat jumpa anak 20 minit di penjara, permohonan ikat jamin Aryan Khan ditolak kali kedua

Shah Rukh Khan melawat anak di penjara.

SELEPAS permohonan ikat jamin Aryan Khan ditolak pada Rabu, bapanya yang juga pelakon Bollywood terkenal Shah Rukh Khan mengunjungi Penjara Arthur Road di Mumbai pada Khamis.

Ini merupakan pertemuan pertama bintang itu dengan anaknya yang berusia 23 tahun selepas ditahan Biro Pengawalan Narkotik (NCB) di kapal pesiaran di luar Mumbai pada 2 Oktober.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada ‘mood’ sambut Deepavali, isteri Shah Rukh Khan larang tukang masak makan manisan sehingga Aryan bebas penjara

SRK, 55, menghabiskan sekitar 20 minit di penjara berkenaan.

Permohonan ikan jamin Aryan Khan telah ditolak buat kali kedua, manakala rayuan jaminan akan dibawa ke Mahkamah Tinggi Bombay pada Selasa.

Aryan dijangka akan meraikan perayaan Deepavali di dalam penjara berikutan mahkamah akan berehat panjang pada awal November ini.

Dia diberi peluang bercakap dengan ibu bapanya, SRK dan Gauri Khan, melalui panggilan video pada hari Jumaat.

Seluruh anggota keluarga berharap Aryan dapat kembali sebelum perayaan Deepavali.

Aryan ditahan pada 3 Oktober lalu.

Menurut laporan portal NDTV, peguam yang mewakili Aryan, Satish Maneshinde dan Amie Desai akan membawa permohonan ikat jamin tersebut ke Mahkamah Tinggi Mumbai.

Malah kedua-dua mereka dilaporkan akan terus mengemukakan hujah bahawa tiada penemuan sebarang jenis dadah pada anak guam mereka (Aryan) sewaktu serbuan diadakan di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai.

Bagaimanapun, agensi anti dadah negara itu menyatakan bahawa mereka mempunyai bukti kukuh bahawa Aryan berkemungkinan terlibat dengan sindiket kartel dadah antarabangsa.

Ini berdasarkan rekod perbualan menerusi aplikasi Whatsapp milik Aryan dengan anggota-anggota kartel tersebut.

Aryan ditahan bersama tujuh yang lain termasuk dua wanita oleh NCB di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai pada 3 Oktober.

Menurut laporan The Times of India, NCB turut merampas 13 gram kokain, 21 gram charas (kanabis pekat), 22 pil methamphetamine, 5 gram dadah jenis mephedrone dan lebih 1.3 juta lakh rupee.

Ketika serbuan, Aryan dilaporkan bersama dua rakannya iaitu pelakon, Arbaz Seth Merchant dan pereka fesyen, Munmun Dhamcecha.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Tragis! Ibu maut disengat tebuan