KUMPULAN Kpop popular T-ara bakal membuat kemunculan semula atau comeback November depan.
Menurut laporan AllKpop, kumpulan ini sedang mempersiapkan album terbaharu mereka untuk peminat.
Pada 15 Oktober lalu, T-ara memberi bayangan akan muncul dengan buah tangan terbaharu itu apabila memuat naik poster di laman sosial mereka.
Menerusi Instagram rasmi, keempat-empat ahli kumpulan berkongsi poster sama dengan tulisan ‘Coming Soon’.
Perkongsian mereka itu disambut baik peminat seluruh negara yang sudah lama menantikan kemunculan mereka selepas empat tahun menyepi.
T-ara bakal muncul dengan empat ahli aktif iaitu Ji-yeon, Hyo-min, Eun-jung dan Qrie.
Ini merupakan kemunculan pertama mereka selepas album mini berjudul What’s My Name? yang dilancarkan pada Jun 2017.
Sebelum ini anggota T-ara ada memberitahu mereka tidak sabar dan teruja untuk mempercepatkan pelancaran album terbaharu ini.
Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI