suria

Raisa mengaku cepat cemburu, pernah ‘spotcheck’ telefon suami sebab curiga - “Saya menyesal... lebih baik tak payah tahu”

Raisa pernah semak telefon bimbit suami kerana cemburu.

SIAPA sangka disebalik karakter yang tenang dan lembut, penyanyi terkenal Indonesia iaitu Raisa rupa-rupanya seorang yang mudah cemburu dengan pasangan.

Menerusi temubual bersama Armand Maulana, Raisa mengaku pernah memeriksa telefon bimbit milik suaminya, Hamish Daud.

Raisa bagaimanapun berkata dia menyesal dengan tindakannya itu.

"Pernah (semak telefon bimbit pasangan). Terus rasa menyesal dan tak pernah buat lagi.

"Rasa curiga dan selepas diperiksa ternyata benar! Jadi menyesal, sepatutnya tak perlu check, lebih baik tak payah tahu!

raisa

Raisa bersama suami, Hamish Daud.

"Tapi itu dululah, sekarang saya sudah tidak cemburu lagi!" katanya.

Ditanya apa punca dia mudah cemburu, Raisa tidak dapat memberi jawapan secara jelas mengenai punca dia bersikap sedemikian.

"Kenapa ya? Kerana saya tak suka saja. Tak suka tak perlu alasankan? Contoh aku memang tak suka memasak, kena terangkan sebab ke? Senang cuma tak suka sahaja. Titik!" ujarnya.

SUMBER: Tabloid

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain