suria

Nikita Willy buka cerita buat rawatan kesuburan, tiba-tiba datang haid - “Saya menangis dalam tandas!”

Nikita Willy berjaya menjalani rawatan kesuburan Intrauterine Insemination (IUI).

PELAKON Nikita Willy mengumumkan sedang hamil anak pertamanya selepas berjaya menjalani rawatan kesuburan Intrauterine Insemination (IUI).

Namun siapa sangka isteri kepada Indra Priawan ini sebenarnya sudah menjalani program kesuburan IUI selepas enam bulan bernikah.

Semuanya dilakukan agar mereka cepat dikurniakan zuriat.

"Sebelum ini saya pernah menjalani rawatan kesuburan IUI, Alhamdulillah waktu itu telur banyak dan saya pun diberikan ubat.

"Lepas itu doktor memaklumkan telur sudah ready dan rahim saya pun sudah diberikan ubat penguat selama dua minggu," ceritanya menerusi saluran YouTube.

Bagaimanapun pada ketika proses berkenaan tidak berjalan lancar seperti yang diharapkan.

Nikta memberitahu tanpa dijangka dia datang haid dan tidak boleh menerima kenyataan tersebut sehinggalah ia disahkan doktor.

"Selepas semuanya berjalan lancar, telur pun sudah ready tiba-tiba aku datang haid dan rawatan kesuburan tersebut disahkan gagal.

"Aku datang haid empat hari lebih cepat daripada biasa. Ketika itu aku masuk ke tandas untuk memastikan yang itu adalah darah haid... aku kemudian menangis semahunya," katanya.

Namun dia bersyukur kali ini rawatan kesuburan tersebut membuahkan hasil dan berharap semuanya berjalan lancar.

Untuk rekod, Nikita Willy berkahwin dengan Indra Priawan pada Oktober 2020. - Liputan6

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain