suria

Nafi gosip pernah tidur dengan Kajol, Shah Rukh Khan dedah tak tertarik dengan wanita cantik

Shah Rukh Khan tidak tertarik kepada wanita cantik.

WAWANCARA Shah Rukh Khan berhubung dakwaan aktor Bollywood itu pernah berlaku curang dengan heroin dalam filemnya iaitu Kajol yang dilakukan beberapa tahun lalu kembali viral.

Seperti dipetik TimesofIndia, Shah Rukh Khan, 56, agak marah dan tersinggung apabila tersebar gosip menuduh dia pernah tidur dengan pasangan dalam filemnya itu.

Kata Shah Rukh Khan, Kajol merupakan sahabat dan sudah dianggap seperti anak saudaranya sendiri.

Tegasnya lagi, dia juga tidak pernah tidur dengan heroin dalam mana-mana filemnya.

"Kajol dan aku? Dia anak Bibi Tanuja, adik perempuanku. Bahkan Gauri menyukainya. Aku kerja dengan Juhi Chawla, Madhuri Dixit, Manisha, Sonali, Shilpa, Suchitra, Krishnamurthy, Urmila dan tidak pernah tidur dengan mereka. Aku tidak pernah tidur dengan Kajol," ujarnya.

Tambahnya lagi, dia tidak pernah tertarik kepada wanita hanya kerana mempunyai wajah yang cantik.

Katanya, dia tertarik kepada wanita yang mempunyai karakter, kecerdasan dan semua yang dimiliki oleh isterinya.

"Aku bukan gay. Tapi saya tidak terangsang pada perempuan yang cantik. Aku lebih tertarik kepada karakter, kecerdasan dan Gauri memiliki itu semua. Jadi kenapa harus mengejar perempuan lain?" ujarnya.

Katanya lagi, jika dia benar-benar ingin berlaku curang, tiada siapa yang akan mengetahuinya kerana dia seorang pelakon yang bagus dan bijak untuk menyembunyikan perkara itu.

"Kalau aku curang siapa pun tidak akan tahu. Aku terlalu pintar dan aktor yang bagus untuk membiarkan dunia tahu apa yang sedang terjadi. Cukuplah dengan khabar angin ini! Aku akan berhenti jadi pelakon kalau gosip dengan Kajol masih berterusan," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain