suria

[VIDEO] 10 hari insiden maut, anak Vanessa Angel kembali ceria… sudah boleh menari dengan ibu saudara di TikTok

Gala tersenyum ketika menari bersama ibu saudaranya dalam video di muat naik di TikTok.

ANAK tunggal Allahyarham Vanessa Angel dan Febri Andriansyah iaitu Gala Sky Andriansyah dilaporkan berada dalam keadaan baik selepas 10 hari insiden yang meragut nyawa kedua ibu bapanya itu.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh adik Febri iaitu Fuji di aplikasi TikTok, kanak-kanak lelaki berusia setahun itu kelihatan ceria dan sudah boleh menari bersama ibu saudaranya.

Dalam video berdurasi kurang 20 saat itu, Gala memakai baju merah sambil menghisap puting dipangku oleh Fuji menari mengikut rentak lagu yang dimainkan.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Artis kontroversi Indonesia Vanessa Angel dan suami meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya

Meskipun balutan luka di bahagian mata sudah dibuka, namun masih terlihat jelas kesan bengkak pada wajah Gala.

Video terkini yang dikongsi oleh Fuji itu menerima lebih 30 juta tontonan di aplikasi TikTok.

Rata-rata pengikut meluahkan rasa lega dan senang melihat perkembangan terkini kanak-kanak lelaki itu.

TONTON VIDEO TIKTOK INI!

"Alhamdulillah Gala sudah mula ceria, senang sangat tengok Gala happy macam ini.

"Gala anak yang kuat, semoga membesar sihat meskipun tanpa ibu dan ayah di sisi," antara komen netizen.

Pada 4 November lalu, pasangan selebriti Vanessa Angel dan suami Febri atau Bibi terbabit kemalangan di Tol Jombang-Mojokerto.

Kedua-dua meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Gala Sky, pengasuh dan pemandu kenderaan selamat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN INI!

Artikel Lain