suria

Olivia Rodrigo kecewa muka tumbuh jerawat kerana pelitup muka

Olivia sedih muka berjerawat kerana pakai pelitup muka dan produk salah.

SEPANJANG tempoh pandemik Covid-19, penyanyi Olivia Rodrigo mendedahkan dia berdepan masalah jerawat yang teruk.

Menurut laporan Remonews, Olivia memberitahu masalah jerawat itu timbul kerana penggunakan pelitup muka dan produk kosmetik yang salah.

"Saya mengalami masalah kulit yang teruk dan mudah ditumbuhi jerawat terutaanya di sekitar bahagian mulut. Ia sangat mengerikan.

"Saya rasa mungkin sebab terlalu lama pakai pelitup muka dan menggunakan produk yang boleh merosakkan kulit," katanya.

Bimbang keadaan kulit wajahnya itu, Olivia memberitahu dia segera bertemu dermatologi untuk mendapatkan nasihat.

Pakar kulit menasihatinya untuk tidak memakai sebarang produk kosmetik dan hanya menggunakan pencuci muka sahaja.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain