suria

Ramai tak puas hati Ahmad Dhani ingkar arahan kuarantin selepas balik melancong dari Turki

Ahmad Dhani sekeluarga dikatakan menjalankan aktiviti luar seperti biasa selepas pulang dari luar negara.

PENYANYI Ahmad Dhani dan keluarganya didakwa gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan tidak menjalani kuarantin kendiri selepas pulang dari luar negara.

Ia didedahkan oleh seorang pengguna Instagram yang mendakwa menemui Ahmad Dhani sekeluarga di Cappadocia, Turki pada 2 Disember lalu.

Menurutnya, dia yang sudah kembali ke Indonesia perlu menjalani kuarantin kendiri selama 10 hari namun penyanyi tersebut bersama keluarganya dilihat bebas melakukan aktiviti luar.

"Saya bertemu dengan Mulan Jameela, Ahmad Dhani dan semua anak-anaknya, di Cappadocia pada 2 Disember 2021.

"Saya kembali ke Jakarta pada 5 Disember. Sesuai dengan peraturan pemerintah, saya pun menjalani kuarantin selama 10 hari.

"Tapi pada 9 Disember rakan saya memberitahu berjumpa dengan Mulan Jameela dan Ahmad Dhani di Mal Pondok Indah. Pada hari yang sama, anaknya Al Ghazali serta teman wanitanya pergi menonton wayang," ujar.

Bagaimanapun Ahmad Dhani tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu itu sebaliknya menyerahkan kepada peguamnya.

Untuk rekod Indonesia melanjutkan tempoh kuarantin mandatori daripada tujuh hari kepada 10 hari untuk pengembara yang masuk ke negara itu berikutan kebimbangan terhadap varian Omicron.

Langkah yang disemak semula itu berkuatkuasa pada 3 Disember, kata Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, Luhut Binsar Pandjaitan yang bertanggungjawab menguruskan pandemik Covid-19. - Liputan6

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain