suria

Taylor Swift bakal berdepan perbicaraan kes tuntutan hak cipta, isu dakwaan lagu ‘Shake It Off’ guna lirik ciplak belum selesai

Taylor Swift berdepan proses perbicaraan melainkan penyelesaian dapat dicapai.

PENYANYI Taylor Swift bakal berdepan perbicaraan bagi kes dakwaan menciplak lirik lagu bagi single berjudul Shake It Off yang dilancarkan pada 2014.

Tuntutan isu hak cipta itu dibuat oleh penulis lagu Playas Gon' Play iaitu kumpulan R&B, 3LW.

Dalam keputusan yang dikeluarkan Hakim Michael W. Fitzgerald, beliau menolak rayuan Swift untuk membatalkan saman yang mengatakan dia menciplak lirik lagu berkenaan.

Hakim juga memberitahu pasukan peguam Swift membuat "hujah penutup yang kuat" tetapi gagal menunjukkan bahawa isu dalam kes itu tidak dapat diselesaikan oleh juri.

Kes itu akan memasuki proses perbicaraan penuh melainkan penyelesaian dapat dicapai.

Pada 2017, Swift menyifatkan dakwaan pelanggaran hak cipta yang dibuat oleh penulis lagu itu sebagai tidak masuk akal dan dibuat hanya untuk mendapatkan duit.

Penulis itu menuntut ganti rugi yang tidak ditentukan.

Terdahulu, Kes mereka telah dibatalkan pada 2018 tetapi pasangan itu membuat rayuan dan saman itu dibuka semula. -BBC

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain