PELAKON Kim Dong Hee akhirnya memohon maaf dan mengaku pernah terlibat dalam kes buli ketika di sekolah. Pengakuan itu dibuat selepas pihak polis mendapati Dong Hee benar-benar terlibat berdasarkan beberapa bukti yang dikemukakan. Sehubungan itu Dong Hee memberitahu dia sudahpun meminta maaf selepas kejadian berkenaan berlaku. ARTIKEL BERKAITAN: Kim Dong Hee menang kes dakwaan buli rakan sekelas OKU, pendakwa tidak cukup bukti “Ada berlaku sekadar perbalahan dengan rakan sekelas sehingga menyebabkan kami bergaduh. “Saya didenda oleh guru. Apabila ibu saya dapat tahu kami ke rumah kawan saya itu dan memohon maaf. Dong Hee mahu perbetulkan keadaan. “Selepas itu kami bukan sahaja menghadiri kelas tambahan bersama malah turut makan malam dengan dia dan keluarganya. “Kami sering meluangkan masa bersama dan saya fikirkan dia telah maafkan saya," katanya. Tambah Dong Hee dia tidak menyangka kawannya itu masih menyimpan dendam walaupun setelah sekian lama. “Saya mahu memohon maaf segera selepas cerita ini keluar tahun lalu. Namun bimbang orang akan salah faham. “Saya mohon maaf atas keperitan yang dia lalui dan mahu perbetulkan keadaan,” tulis Dong Hee. SOOMPI Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!