suria

Ayah beri trofi buat isteri Vidi Aldiano, penghargaan berjaya tawan hati anak

Ayah Vidi memberi trofi kepada Shiela.

PENYANYI Indonesia Vidi Aldiano selamat bergelar suami kepada pelakon Sheila Dara Aisha dalam satu majlis yang berlangsung pada Sabtu.

Bukan sahaja berlangsung meriah, malah banyak perkara menarik menjadi perhatian ramai dalam majlis tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya Atta Halilintar sah jadi suami Aurel Hermansyah... Presiden Jokowi jadi saksi nikah

Antaranya adalah mas kahwin pasangan ini diberikan dalam bentuk mata wang dolar Amerika Syarikat dan pound sterling.

“Bersesuaian dengan tarikh pernikahan, dua mata wang yang digunakan adalah lambang tempat saya belajar dahulu.

Vidi dan Sheila sah bergelar suami isteri pada Sabtu

Vidi dan Shiela bergelar suami isteri pada Sabtu.

“Yang penting adalah ia digubah dalam bentuk bunga yang cukup indah,” jelas Vidi.

Vidi memberi mas kahwin berjumlah USD 1000 dan $ 501 atau kira-kira berjumlah RM7,000.

Selain itu Aisha turut menerima anugerah berupa piala kerana telah berjaya menawan hati Vidi. Piala tersebut disampaikan sendiri oleh ayah Vidi.

“Selama enam tahun kekasih anak saya berguguran satu persatu.

“Yang survive selama enam tahun ini adalah Sheila, jadi pada hari ini saya anugerahkan piala girl survivor,” ucap bapa Vidi ketika memberikan piala tersebut.

Pada hari pernikahannya, Vidi juga menerima gelaran Sutan Sari Alam dari Bukit Tinggi yang merupakan gelaran terhormat dari adat Minangkabau.-KAPANLAGI

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain