ADIK kepada Allahyarham Vanessa Angel iaitu Mayang menafikan dakwaan kononnya dia mengambil kesempatan menggunakan populariti kakaknya untuk masuk ke dalam industri hiburan. Menurut laporan WowKeren, Mayang berkata sejak kecil dia berminat untuk bergelar seorang penghibur dan pernah menyertai beberapa uji bakat, namun rezeki masih belum memihaknya ketika itu. "Ya saya kecewa apabila dituduh sengaja ambil kesempatan. Saya memang nak tunjuk saya ada bakat yang ramai orang tak tahu. "Kalian cuma tuduh saya ambil kesempatan atas apa yang berlaku," katanya. Nama Mayang mula menjadi sebutan netizen selepas pemergian kakaknya itu akibat kemalangan jalan raya pada 4 November tahun lalu. Dua adik Vanessa Angel kini jadi penyanyi. Kehadiran Mayang dalam industri bagaimanapun kurang disenangi netizen kerana dianggap hanya menggunakan populariti Vanessa dan anak buahnya iaitu Gala Sky. Dalam pada itu, Mayang mengakui dirinya kini semakin dikenali dan sering menjadi sorotan media. "Sekarang ni saya kibas rambut saja dah viral.... guys minta maaf guys, maaf maaf!" selorohnya. Pada Disember tahun lalu, netizen meluahkan rasa marah apabila dua adik arwah Vanessa Angel mula menceburkan diri dalam bidang nyanyian dengan memuat naik lagu cover berjudul Kelmarin nyanyian asal Seventeen. Rata-rata beranggapan Mayang dan Chika cuba mengambil kesempatan terhadap populariti dan perhatian netizen terhadap kemalangan yang menimpa kakak dan abang iparnya iaitu Bibi Andriansyah. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!