TIGA kali gagal dalam perkahwinan, pelakon Indonesia Nikita Mirzani mengakui tiada lagi keinginan untuk mendirikan rumah tangga. Menurut laporan KapanLagi, Nikita bagaimanapun berkata jika bertemu jodoh lagi dia hanya akan berkahwin dengan lelaki yang benar-benar kaya. "Ada tiga orang anak dah cukup! Tapi tak tahulah kalau dapat lelaki level sultan (orang kaya) mestilah harus diberi keturunan kerana mahu harta diwarisi. Tapi kena betul-betul kaya la ya. "Kalau mahu cari (calon suami) sekarang mesti kena orang sangat kaya. Kalau tak kaya, lebih baik tak payah kahwin. "Tak mahu lelaki yang sedang-sedang saja atau yang kata duit boleh dicari sama-sama... itu nonsense! Pastikan betul-betul kaya baru kita nikah," katanya. Dalam pada itu, pelakon filem COMIC 8 ini berkata dia mempunyai alasan tersendiri mahu berkahwin dengan orang yang benar-benar kaya. Kata Nikita lagi, dia juga pernah ditipu oleh lelaki yang berpura-pura kaya. "Trauma kerana pernah ditipu oleh lelaki dulu. Katanya kaya tapi banyak hutang. Saya mahu yang betul-betul kaya," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!