suria

Pembantu rumah dijangkiti Covid-19, Aurel Hermansyah cemas menunggu hari bersalin

Aurel dan Atta menunggu hari menyambut kelahiran anak pertama

MENUNGGU hari menyambut kelahiran anak pertama, pasangan Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah berdepan dengan situasi cemas apabila beberapa orang pembantu rumah mereka disahkan positif Covid-19.

“Sudah tiada pembantu rumah sayang, semua sakit disebabkan Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Atta Halilintar didakwa tempah satu tingkat bangunan hospital sambut anak pertama

“Sekarang semua pembantu telah dikuarantin ditempat lain,” ujar Atta menjawab pertanyaan isteri apabila melihat rumah mereka sunyi dalam sebuah video yang dikongsinya.

Melihat keadaan itu, Aurel mula merasa bimbang dan meminta supaya dia berpindah buat sementara waktu ke rumah bapanya iaitu penyanyi dan komposer Anang Hermansyah.

aurel 2

Aurel bersama Krisdayanti dan ibu tirinya Ashanty (kanan)

“Bagaimana kalau saya sudah mahu bersalin dan tidak ada pembantu?

“Saya tinggal di tempat Bunda (Ashanty) buat sementara,” kata Aurel

Atta dan Aurel bernikah pada April 2021. Perjalanan hidup dua selebriti ini sering menjadi perhatian umum. Apa lagi Aurel adalah anak kepada penyanyi terkenal Krisdayanti hasil perkahwinan pertama dengan Anang.

Persiapan menyambut anak pertama mereka juga sudah dilakukan oleh Atta. Malah dia turut menempah beberapa unit bilik di sebuah pusat perubatan untuk menempatkan kehadiran ahli keluarga yang lain.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain