PELAKON Anya Geraldine malu untuk mengakui hubungan cintanya dengan seorang jejaka bernama Nadif Zahirudin. Apabila ditanya tentang hal tersebut Anya yang popular menerusi drama Layangan Putus membiarkan peminat membuat andaian melalui perkongsiannya di laman Instagram. ARTIKEL BERKAITAN: Antara Mahalini Raharja dan Anya Geraldine, siapa pilihan Rizky Febian? “Lihat sahaja di Instagram saya. “Saya tidak tahu,” jawab Anya ringkas berkaitan hubungan istimewa dengan lelaki tersebut. Sementara itu, Anya turut memberitahu dia mahu memilih seorang yang rajin bekerja dan tinggi sebagai ciri-ciri lelaki idaman. “Saya suka lelaki yang tidak terlalu rendah dan rajin bekerja. “Yang penting kalau bercinta saya akan selalu ada di sisinya. Kalau dia penat perlu beri perhatian, jika dia perlu teman berbual saya akan mendengar,” katanya. -DETIKHOT Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!