suria

Ayu Ting Ting belanja lebih RM1 juta untuk majlis kahwin adik

Ayu berbelanja besar untuk perkahwinan adiknya.

PENYANYI Indonesia Ayu Ting Ting sanggup menghabiskan wang lebih RM1 juta bagi merealisasikan impian adiknya untuk melangsungkan perkahwinan.

Bagi penyanyi lagu Alamat Palsu ini, apa yang lebih penting ialah membuatkan ibu bapanya gembira dengan majlis yang berjalan lancar.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak minta Ayu Ting Ting kerja kuat, tak izin kahwin lagi

“Perkahwinan dijalankan mengikut adat Sunda. Jadi pelbagai acara telah dirancang sejak dari awal lagi.

“Ibu bapa saya gembira melihat majlis yang berjalan lancar. Jadi bukan sahaja saya yang bahagia, malah ini untuk mereka juga.

“Semoga wang belanja majlis ini berbaloi. Syukur ramai orang yang sayang,” jelas Ayu.

Adik Ayu iaitu Assyifa Nuraini bernikah dengan pemuda bernama Nanda Fachrizal pada 6 Februari lalu.

Majlis akad nikah berlangsung di sebuah hotel mewah di Jakarta, Indonesia.

Sebelum pernikahan berlangsung beberapa acara lain turut diadakan mengikut adat Sunda.

Majlis resepsi turut berlangsung meriah dengan dihadiri saudara terdekat. -DETIKHOT

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain