suria

Rakan dakwa Tangmo Nida terjatuh ketika cuba kencing belakang bot, polis minta lakon semula kejadian

Kematian Nida didakwa berpunca kerana lepas selepas terjatuh dari bot

RAKAN kepada mendiang Nida Tingmo yang dikenali sebagai Sand mendakwa aktres itu terjatuh ke dalam sungai ketika cuba membuang air kecil di belakang bot laju yang mereka naiki.

Sand yang turut berada di dalam bot berkenaan melakonkan semula bagaimana selebriti itu terjatuh dari bot terbabit ketika tinjauan dengan pihak berkuasa di Sungai Chao Phraya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lima individu dalam bot dinaiki Tangmo Nida bakal lakukan ujian penipuan, polis cuba kesan unsur cerita palsu

ARTIKEL BERKAITAN: Polis bentang hasil forensik, temui luka besar di paha Tangmo Nida, calar di badan salah seorang penumpang bot

Bagaimanapun ibu mendiang mempersoalkan dakwaan itu dan mengesyaki terdapat unsur jenayah dalam kemalangan berkenaan.

Salah satu fakta yang dibangkitkan ialah ketika kejadian Tangmo memakai baju renang yang mana sukar dibuka untuk membuang air.

Terdahulu, polis meminta Sand melakonkan semula kejadian jatuh bagi membantu siasatan.

Untuk makluman, lakonan semula adalah amalan biasa dalam penguatkuasaan undang-undang Thailand, yang kadangkala ditonton sekumpulan wartawan atau penduduk tempatan.

IMG_1389

Ibu Nida masih meragui punca kematian anaknya

Sand kemudian memberitahu, dia tidak ingat secara tepat lokasi Tangmo terjatuh dan gementar untuk melakonkan semula.

Pada sesi lakonan semula itu, polis memandu bot model yang sama ke bawah jambatan Rama 8 di mana tempat mereka mengambil gambar sebelum kejadian berlaku.

Kemudian polis membawa Sand ke tempat yang didakwa Tangmo terjatuh.

Sand melakonkan semula bagaimana Tangmo ke belakang bot dan menahan kakinya untuk kencing dan akhirnya terjatuh ke sungai.

Polis akan menyoal lebih ramai saksi serta tiga nelayan tempatan yang melihat bot berkenaan pada malam kejadian.

Selain itu, kipas bot laju juga akan dikeluarkan dan dihantar untuk pemeriksaan DNA.

Bukti lain pada bot termasuk botol wain akan diteliti lebih lanjut.

nida 2

Kes kematian Nida masih dalam siasatan

Pada Khamis lalu, aktres terkenal, Tangmo Nida atau Nida Patcharaveerapong, 38, meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ke dalam sekitar pukul 11 malam, 24 Februari lalu.

Insiden itu berlaku ketika dia menaiki bot laju di Sungai Chao Phraya bersama-sama enam orang rakannya dari Krung Thon Bridge Ke Rama Vll Bride.

Media tempatan turut melaporkan, Nida dikatakan duduk di bahagian paling belakang sebelum tergelincir dan jatuh ke dalam sungai.

Pasukan penyelamat menjumpai mayat Nida yang dilihat terapung di sungai sekitar 300 meter dari Pibulsongkram Pier, Nonthaburi, Bangkok, kira-kira 1 kilometer dari lokasinya terjatuh selepas dua hari.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain