PENYANYI Rizky Febian menjadi salah seorang selebriti yang dipanggil bagai tujuan soal siasat berkaitan kes perjudian atas talian yang dilakukan oleh Youtuber terkenal Doni Salmanan. Rizky hadir ke Bahagian Siasasan Siber, pada hari Rabu sekitar pukul 2 petang waktu Indonesia. ARTIKEL BERKAITAN: Antara Mahalini Raharja dan Anya Geraldine, siapa pilihan Rizky Febian? Dia dilihat hadir bersama peguamnya Ahmad Ramzey. Menurut laporan Detik, Rizky telah menerima panggilan pihak berkuasa sejak Jumaat lepas dan dia sedia memberi kerjasama baik bagi menjalankan siasatan. “Sebagai warganegara yang baik, Rizky sedia untuk datang. “Jika dipanggil pihak polis semestinya kena hadir,” ujar Ramzey kepada media sana. Selain Rizky, selebriti lain yang dijangka bakal hadir untuk soal siasat adalah Reza Arap, Rizky Billar dan Lesti Kejora. Nama Rizky antara yang tersenarai kerana dikatakan dia menerima sejumlah wang dari Doni kerana melakukan cabaran di media sosial sebelum ini. Doni yang turut digelar sebagai Crazy Rich Bandung ditahan pihak berkuasa pada 9 Mac lalu atas pertudahan penipuan wang dan perjudian secara atas talian. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!