suria

Tarikh kahwin Ranbir Kapoor, Alia Bhat semakin hampir... Pilih lokasi istimewa rai hari bahagia

Peminat menunggu pasangan Ranbir dan Alia umumkan tarikh perkahwinan mereka

PERKAHWINAN pasangan selebriti terkenal Bollywood, Ranbir Kapoor dan Alia Bhat yang dinanti-nantikan oleh peminat hampir menjadi realiti.

Menurut laporan Pinkvilla, pasangan ini bakal disatukan sebagai suami isteri pada bulan ini, namun tarikh sebenar masih belum didedahkan lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Ranbir Kapoor dan Alia Bhatt tunggu rumah siap ubah suai sebelum langsung perkahwinan

Difahamkan pasangan ini memilih lokasi istimewa untuk melangsungkan perkahwinan mereka iaitu di kediaman keluarga Kapoor sendiri.

Rumah tersebut merupakan lokasi ibu bapa Ranbir iaitu Rishi Kapoor dan Neetu Kapoor melangsungkan perkahwinan pada tahun 1980.

Ranbir dikatakan membuat keputusan memilih lokasi itu kerana hubungan rapat dia dengan neneknya iaitu Krishna Raj Kapoor.

Seramai 450 orang tetamu dijangka hadir pada majlis berkenaan.

Semua tetamu yang diundang telah diminta mengosongkan jadual mereka bermula minggu kedua April.

Menurut sumber, keluarga Kapoor merancang untuk mengadakan majlis pada hujung April namun terpaksa diawalkan kerana masalah kesihatan yang dialami oleh nenek Alia.

Perkahwinan pasangan ini sering menjadi perhatian ramai selepas beberapa kali ditunda akibat pandemik Covid-19 dan juga masalah kediaman yang belum siap.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain