suria

Ashanty bengang bagasi hilang ketika tiba di AS, dah seminggu masih belum jumpa

Ashanty dan keluarga bercuti di Amerika Syarikat baru-baru ini.

PENYANYI dan selebriti Indonesia Ashanty meluahkan rasa bengang apabila beg bagasi miliknya hilang setibanya mereka ke Amerika Syarikat.

Ashanty yang menghantar anaknya ke nagara itu bagi mengikuti pertandingan nyanyian menyatakan rasa kecewa terhadap syarikat penerbangan yang tidak menyelesaikan masalah itu.

"Ke hadapan syarikat pernerbangan... sudah seminggu bagasi saya yang mengandungi barang penting masih belum ditemui. Alasan yang sama diberikan iaitu masih menjejaki beg tersebut namun sampai sekarang diabaikan," tulis Ashanty.

Ashanty juga memberitahu bahawa beg tersebut berisi barang penting termasuklah ubat-ubatan mereka.

"Barang dalam beg tersebut sangat penting termasuklah ubat-ubatan. Layanan kelas perniagaan begini teruk, macam mana dengan kelas ekonomi,

"Saya terfikir kalau kelas perniagaan pun mereka abaikan, apatah lagi dengan nasib orang yang menaiki kelas ekonomi.

"Kita ini sampai beli semula ubat-ubatan di sana," jelas isteri kepada penyanyi Anang itu.

Lebih mengecewakan apabila dia terpaksa menunggu berjam-jam hanya untuk mengetahui status bagasinya yang hilang, namun tiada sebarang perkembangan daripada syarikat penerbangan itu.

"Siang tadi pihak saya balik ke bandar dan menunggu berjam-jam namun tiada respons. Kesian kalau terjadi kepada orang lain," tegasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain