suria

Takut berdepan juri, Afgan cabut lari uji bakat Indonesian Idol sebab pemalu

Afgan terus menjadi antara penyanyi popular Indonesia sehingga hari ini.

PENYANYI Afgan mendedahkan dia pernah menyertai sesi uji bakat pertandingan Indonesia Idol ketika dibangku sekolah dan terpilih dalam senarai 100 orang finalis.

Bagaimanapun disebabkan terlalu malu dan takut berhadapan dengan panel juri, Afgan akhirnya membuat keputusan meninggalkan pertandingan tersebut.

"Saya sertai uji bakat Indonesian Idol ketika sekolah menengah dan sebenarnya berjaya dipilih memasuki senarai 100 orang peserta.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh Afgan dikatakan bakal berkahwin, nama Rossa pula kena petik

"Ketika itu saya seorang yang sangat pemalu. Apabila masuk ke peringkat bertemu juri, saya jadi gementar dan terus cabut lari," katanya seperti yang dipetik dari laman Suara.

Mengakui dirinya masih lagi seorang yang pemalu, Afgan juga tidak menyangka akhirnya dia bergelar penyanyi sehingga ke hari ini.

Permulaan kerjaya seni Afgan bermula apabila ada yang memberi tawaran merakam lagu selepas terdengar dia menyanyi di karaoke.

"Ketika saya menyanyi di karaoke, pemilik tempat tersebut terdengar dan tawarkan untuk saya merakamkan lagu," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain