PASANGAN selebriti popular, Kim Kardashian dan Pete Davidson dikhabarkan sudah berpisah hanya selepas sembilan bulan menjalinkan hubungan cinta. Menurut sumber terdekat pasangan itu, kedua-duanya memilih untuk memutuskan hubungan beberapa minggu lalu. "Kardashian dan Davidson telah membuat keputusan untuk menjadi kawan sahaja sekarang. "Mereka mempunyai banyak kasih sayang dan rasa hormat antara satu sama lain. ARTIKEL BERKAITAN: Muat naik gambar kaki di dada kekasih, Kim Kardashian dituduh mempunyai fetish pelik "Mereka juga melihat hubungan jarak jauh dengan kepadatan jadual kerja menyukarkan untuk mengekalkan hubungan mereka," kata sumber. Bagaimanapun ada yang mengatakan jurang usia antara Kardashian, 41, dan Davidson, 28, turut menjadi punca perpisahan mereka. Tidak kurang itu, ada khabar angin mengatakan 'kemunculan semula' Kanye West yang dilihat kerap bersama Kardashian dikatakan punca hubungan mereka terkandas. Kardashian dan Davidson dilaporkan mula bercinta sejak Oktober 2021. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI