suria

Bekas kekasih cium wanita lain… Shakira bengang Gerard Pique terlalu cepat ‘move on’

Gerard dikatakan ada hubungan istimewa dengan Clara Marti.

PENYANYI Shakira dikatakan kurang senang dengan tindakan bekas kekasihnya iaitu Gerard Pique yang dilihat bercium dengan seorang wanita selepas dua bulan mereka berpisah.

Perkara itu dilaporkan oleh sumber terdekat Shakira, 45, yang mengatakan ibu kepada dua cahaya mata itu mengakui berasa sedih dengan tindakan Pique, 35.

"Shakira seakan tidak percaya Pique akan bertindak seperti ini terutama sekali apabila mereka baharu sahaja berpisah," ujar sumber.

Lebih membuatkan Shakira bengang kerana sebelum ini dia dan Pique sudah bersepakat untuk tidak mendedahkan hubungan masing-masing kepada umum selama setahun selepas berpisah.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas isu curang, Shakira dan Gerard Pique umum berpisah selepas 12 tahun hidup bersama

"Shakira mengharapkan dia tidak perlu melihat perkara itu dan faham sebagai seorang yang dikenali sukar untuk menutup perkara peribadi.

"Walaupun berasa kecewa dengan situasi itu tetapi dia tetap bapa kepada dua anak dan dia tahu akan tanggungjawabnya," tambah sumber.

Pique dikatakan mula menjalin hubungan dengan wanita dikenali sebagai Clara Chia Marti, 23, selepas kedua-dua kerap bekerjasama memandangkan Marti merupakan seorang pegawai perhubungan awam.

Shakira dan Pique menjalinkan hubungan sekitar tahun 2010 dan memiliki dua cahaya mata lelaki Sasha, 7, dan Milan, 9.

Mereka kemudian berpisah sekitar Jun 2022.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain