suria

Filem ‘Laal Singh Chaddha’ gagal tarik peminat, Aamir Khan ambil tanggungjawab tanggung kerugian RM56 juta

Aamir tanggung kerugian filem Laal Singh Chaddha.

FILEM terbaharu lakonan Aamir Khan berjudul Laal Singh Chaddha gagal mendapat kutipan memberangsangkan di pawagam sehingga pihak produksi mengalami kerugian.

Mahu bertanggungjawab atas kerugian tersebut, Aamir mengambil keputusan untuk melepaskan semua bayaran yang diterima untuk penglibatan dalam filem tersebut.

"Jika Aamir mengambil bayaran yang sepatutnya, pihak produksi akan mengalami kerugian sebanyak kira-kira RM56 juta. Bagaimanapun Aamir membantu untuk kurangkan kos kerugian.

ARTIKEL BERKAITAN: Aamir Khan berdepan tindakan undang-undang hina tentera India dalam filem ‘Laal Singh Chaddha’

"Aamir menghabiskan masa selama empat tahun untuk terlibat dalam filem ini namun dia tidak ambil sebarang bayaran.

"Aamir menyalahkan dirinya sendiri dan bertanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan filem tersebut," kata satu sumber seperti yang dipetik dari Bollywood Hugama.

Filem tersebut juga sebelum ini menerima kecaman banyak pihak kerana dikatakan mencemarkan imej pasukan tentera India.

Laal Singh Chaddha yang mula ditayangkan pada 11 Ogos lalu turut menampilkan pelakon Kareena Kapoor dan hanya berjaya meraih kutipan kurang dari RM33 juta.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain