RAMBUT panjang cukup sinonim dengan imej pelakon Jason Momoa namun imej terbaharunya telah mengejutkan peminat. Bintang filem The Aquaman dan Game of Thrones itu berkongsi video di Instagram yang memperlihatkan dia memotong rambutnya menjadi pendek. Bagaimanapun, tindakan Jason itu bukan sekadar mengubah imejnya tetapi untuk tujuan meraih kesedaran tentang bahaya pembuangan bahan plastik terhadap planet. Dalam video tersebut, seorang tukang rambut memotong rambutnya sambil Jason menjelaskan tentang bahaya botol plastik terhadap lautan yang sering diabaikan manusia. ARTIKEL BERKAITAN: Cemburu lihat Sunny Leone berlakon aksi seks, suami sendiri turut bergelar bintang porno "Ini permulaan yang baru! Ayuh kita pertahankan tanah dan lautan di bumi. Kita perlu elak menggunakan botol dan sudu plastik demi memastikan bumi yang kita duduki sentiasa terpelihara," katanya. Pelakon terkenal itu pada 2019 membuka sebuah syarikat botol aluminium selain pernah memotong jambangnya demi mengalakkan peminat lebih peka terhadap alam sekitar. Meskipun terkejut dengan perubahan imejnya namun peminat puji tindakan Jason kerana ingin menyelamatkan bumi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI