suria

Selain tunjuk kemewahan, ada sebab Nikita Willy pilih bersalin di Amerika

Nikita ada sebab tersendiri memilih bersalin anak pertamanya di luar negara.

PELAKON Indonesia Nikita Willy akhirnya mendedahkan alasan mengapa dia memilih untuk melahirkan anak di luar negara.

Bukan sekadar ingin bergaya dan menunjukkan kemewahan, pelakon ini mempunyai alasan dan pertimbangan sendiri termasuk dapat menikmati waktu berpantang tanpa kehadiran tetamu.

"Saya berpendapat selepas bersalin seorang wanita perlu masa untuk diri sendiri dan ketenangan.

nikita1

Nikita selamat melahirkan anak pada April lalu.

"Jadi sewaktu melahirkan anak di Amerika, saya rasa tenang kerana tidak menerima kunjungan tetamu dan dapat berehat dan fokus kepada anak," katanya menerusi temu bual bersama Novita Angie baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Nikita Willy buka cerita buat rawatan kesuburan, tiba-tiba datang haid - “Saya menangis dalam tandas!”

ARTIKEL BERKAITAN: Nikita Willy ligat bersenam ketika hamil, doktor bagi tip suruh berenang gaya kuak dada

Selain itu, pelakon ini juga memberitahu berada jauh daripada keluarga membuatkan dia dan suami lebih peka dan belajar menjadi ibu bapa yang baik.

Nikita atau Nikita Purnama Willy, 28, melahirkan anak lelakinya, Issa Xander Djokosoetono pada 8 April lalu di Hospital Cedars-Sinai Medical Center, Los Angeles.

Pelakon itu mendirikan rumah tangga dengan Indra Priawan pada 16 Oktober 2021.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain